Thursday, September 8, 2011

Bahasa Untuk Bangsa Atau Ilmu


Aku sebenarnya ada pernah terfikir tindakan sesetengah pihak atau kumpulan manusia yang amat sayang terhadap bahasanya sendiri. Ketaksuban ini akhirnya telah membutakan mata dan tanpa disedari atau sengaja tak mahu sedar, akan memberi kesan yang kurang baik kepada ganerasi yang akn datang .

Mungkin ada yang kata "APA YANG KAU MENCARUT NI LUNCAI???!!". carutan aku kali nie mengenai bahasa inggeris yang di rojak dengan bahasa melayu . Benda ni memang dah jadi isu panas lebih2 lagi digunakan dalm lirik lagu . Seingat aku ada sebuah lagu baru2 ni yang guna bahasa rojak ni .Aku x tahu sangat psal lagu tu ( skang nie aku jarang dengar lagu local) tapi yang aku tahu lagu dan penyanyi lagu tu kena cincang sebab guna bahasa rojak . WTF! Last2 , lagu tu di tukar kepada full malay version .

Bagi aku ini merupakan satu tindakan yang BODOH. Korang sedar tak apa yang berlaku ? Bila lagu ni dah di full version kn kepada bahasa melayu, budak2 sekolah rendah and bapak dengan mak budak yang bodoh English telah terlepas peluang dalam mempelajari bahasa inggeris . Jadi , makin bodoh lah masyarakat mengenai English . Dulu pernah orang komen Zee Avi sebab dia guna bahasa rojak. Ironinya , orang yang tulis komen tu pun guna bahasa rojak jugak~ hahaha.

Kenapa kita x tiru jer macam jepun tuh.Slalu aku dengar lagu J-pop ni ade jer rangkap dalam bahasa inggeris . Dengan cara tu , aku dapat lihat cara diorang blajar bahasa inggeris.
Maknanya, diorang didedahkan dengan bahasa inggeris dengan lagu2 diorang .

Pandangan aku, belajar bahasa inggeris melalui lagu amat berkesan . Jadi, bila lagu2 bahasa rojak inggeris ini ditolak maka pendedahan terhadap inggeris semakin berkurangan . Memang la "DENGAR LAGU OMPUTIH LA LUNCAI..." tapi ramai kah orang yg dengar lagu english nieh? Lagi pun kebanyakan lagu luar telah ditapis dan menyukarkan lagi keadaan .
Apa yang aku cuba sampaikan bukan lah nk mengutuk atau merosakkan bahasa sendiri . Aku sayang bahasa kau bai~ Aku cuma nk cakap pendedahan terhadap Bahasa Inggeris tersangat kurang. So , harap korang fikir2 kan lah. . .

p/s: budak2 bm baca naya aku... @_@




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

V.I.P